Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

10 kampung di Kota Belud dilanda banjir

BANJIR... Salah satu kawasan perkampungan yang dilanda banjir.
BANJIR… Salah satu kawasan perkampungan yang dilanda banjir.

KOTA BELUD – Seramai 403 orang penduduk dari 10 buah perkampungan di daerah ini yang melibatkan 128 buah keluarga terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan di Dewan Tun Said di sini berikutan banjir yang melanda kawasan terbabit disebabkan hujan yang turun tanpa henti sejak semalam.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, Mohd Affendy K.Ramin berkata, khidmat kemanusiaan dan menyelamat banjir kilat telah dilakukan di kawasan perkampungan yang terjejas oleh banjir sejak awal pagi tadi.

“Seramai 17 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) diketuai Penolong Penguatkuasa Bomba, Faizal Wahid yang terlibat dalam operasi pemindahan tersebut  turut membuat pemantauan banjir di beberapa buah kampung lain di daerah ini,” katanya sambil menambah bahawa jumlah penduduk yang dipindahkan adalah setakat jam 4.00 petang tadi.

IMG-20150102-WA0014Antara kampung yang terjejas oleh bencana tersebut Rangalau, Kota Belud, Lobak Engad, Simbirai, Taun Gusi Kerajangan, Sadok-Sadok, Tanjung Pasir Labuan, Menunggui, Labuan dan Lobak Moyoh.

“Kawasan yang teruk dilanda banjir adalah Kampung Lobak Engad yang membabitkan seramai 215 orang penduduk diikuti oleh Kampung Simbirai iaitu 131 orang penduduk,” katanya.

Bagaimanapun, tiada laporan kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini akibat bencana banjir di daerah ini. – Oleh: Nuzir Andi Samsiar / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan