Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

10 Kampung Di Beluran Hadapi Masalah Air Akibat Cuaca Panas

keningau air

BELURAN : Anggota Parlimen Beluran, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee meminta Jawatankuasa Bencana Alam Daerah Beluran menangani masalah air di Daerah Kecil Paitan berikutan cuaca panas.

Beliau berkata antara kampung yang terjejas ialah Maidan, Golong, Kaindangan, Pinangkau, Tangkarason, Musinggapuh, Bawang, Sungai Tangkarson, Panobukon dan Pinampadan.

Ronald yang juga Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat berkata beliau menerima laporan daripada Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKK) Pinangkau bahawa kampung itu sangat terdesak untuk memperoleh bekalan air.

“Penduduk terpaksa bergantung pada air hujan, telaga dan sungai kerana tidak mempunyai bekalan air paip,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata sebagai langkah segera, Pejabat Parlimen Beluran akan menghantar bekalan air botol mulai esok.

“Ini hanya tindakan awal, namun diharapkan Jawatankuasa Bencana Alam Daerah Beluran mengambil tindakan lebih menyeluruh,” katanya.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan