Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

10 ditahan terlibat kes curi kenderaan, pecah rumah

Awang (tengah) menunjukkan antara barangan kegiatan curi dan pecah rumah yang berjaya dirampas. - foto Masani Sandan
Awang (tengah) menunjukkan antara barangan kegiatan curi dan pecah rumah yang berjaya dirampas. – foto Masani Sandan

TAWAU – Polis menahan 10 individu termasuk tiga wanita pendatang tanpa izin (PATI) dipercayai terlibat dalam kegiatan curi kenderaan dan pecah rumah serta membeli barangan curi di sekitar daerah ini dan Lahad Datu.

Kesemua 10 suspek itu terdiri daripada tujuh lelaki dan tiga wanita berkenaan dan seorang pemegang passport berumur 24 hingga 51 tahun itu ditahan di lokasi dan tarikh yang berasingan.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Awang Besar Dullah berkata, daripada jumlah suspek itu enam dipercayai terlibat dalam kegiatan curi kenderaan dan pecah rumah manakala empat lagi ditahan kerana dipercayai membeli barangan curi.

Menurutnya, dengan tertangkapnya semua suspek kes curi kenderaan dan pecah rumah itu sebanyak empat kes melibatkan dua curi kenderaan dan dua pecah rumah di daerah ini berjaya diselesaikan.

Dua suspek pertama katanya, ditahan di Jalan Teratai Pusat Bandar Lahad Datu pada 9 Januari lalu kira-kira pukul 5.30 petang oleh pasukan polis Ibu Pejabat Daerah (IPD) Lahad Datu hasil maklumat awam.

“IPD Lahad Datu telah menahan dua suspek lelaki dalam sebuah motokar jenis Proton Saga warna hitam yang menggunakan nombor pendaftaran palsu. Hasil pemeriksaan cukai jalan mendapati motokar tersebut telah dilapor hilang pada 6 Januari lalu di Kampug Pasir Putih Tawau lalu kedua-dua suspek ditahan dan motokar dirampas,’’katanya ketika ditemui media di sini.

Awang berkata, susulan penangkapan dan soal siasat dua suspek itu telah membawa kepada penahanan empat lagi suspek lain yang turut terlibat dalam kegiatan curi kenderaan dan pecah rumah itu.

Menurutnya lagi, hasil penahanan kesemua suspek pihaknya berjaya merampas (dua), televisyen plasma (dua), peralatan pecah rumah, telefon bimbit (enam), beg galas (dua), dan mesin jahit (tiga) selain jam tangan jenama Quartz, kamera zenith, laptop Coby, senjata tajam lembing dan dua unit pengawasan yang dipercayai barangan hasil pecah rumah juga berjaya dirampas.

Douglas berkata, katanya disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan Seksyen 457 Kanun Keseksaan. – oleh Masani Sandan / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan