Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

10 ditahan gagal serah dokumen pengenalan diri

SEMPORNA – Ops Selamat Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya menahan seramai 10 individu dipercaya tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dalam tiga operasi berasingan di kawasan Pelabuhan Semporna, di sini semalam.

Dalam kenyataan di sini hari ini, PPM memberitahu, kes pertama melibatkan penahanan dua lelaki berusia 33 dan 59 tahun semasa rondaan di kawasan pelabuhan Semporna dan hasil pemeriksaan mendapati dua penumpang tersebut gagal menunjukkan pengenalan diri sah.

Dalam kes kedua, pasukan polis marin sekali lagi memeriksa sebuah bot penambang di kawasan yang sama dan mendapati seorang lelaki berusia 30 tahun ditahan kerana gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri.

Kes ketiga, seramai tujuh lelaki berusia 17 hingga 59 tahun yang berada dalam sebuah bot nelayan ditahan di kawasan laut Pelabuhan Semporna atas kesalahan sama.

Kesemua yang ditahan dibawa ke pusat tahanan mengikut Akta Imigresen.

Ops Selamat bilangan 2 Pasukan Polis Marin ini dibuat sempena menyambut perayaan dan menguatkuasakan semua akta undang-undang yang dikuatkuasakan. – oleh Muahlim Lise / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan