Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

10 ditahan dalam Ops Sarang Bersepadu

PETER Umbuas (tengah) menunjukkan barangan rampasan hasil Ops Cegah Jenayah dan Ops Sarang Bersepadu, di daerah Semporna dalam sidang media, di IPD Semporna. – Foto ihsan IPD Semporna

 

SEMPORNA: Ops Sarang Bersepadu yang dijalankan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna sepanjang lima hari bermula Rabu lalu berjaya memberkas 10 individu termasuk seorang wanita.

Daripada jumlah itu, empat individu ditahan kerana memiliki dadah jenis syabu, manakala enam lagi disyaki positif dadah jenis sama.

Antara yang ditahan ialah seorang lelaki berusia 30-an disyaki pengedar kerana memiliki syabu seberat 50.15 gram, dianggar bernilai RM4,500 dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Ice Box di sini, Khamis lalu. 

Dalam operasi jam 3 pagi itu, suspek berusia 30-an cuba melarikan diri selepas menyedari kehadiran polis, namun berjaya ditahan.

Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan Peter Umbuas, berkata hasil pemeriksaan dalam rumah itu, polis menemui satu bekas berwarna hitam di ruang tamu.

“Pemeriksaan lanjut menemui tiga paket plastik lutsinar berisi hablur jernih disyaki dadah jenis methamphetamine atau syabu bersama peralatan membungkus bahan terbabit.

“Suspek warga tempatan itu direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya menerusi kenyataan di sini, malam tadi.

Dalam serbuan berasingan, polis menahan lelaki warga Filipina berusia 40-an yang dipercayai memiliki syabu seberat 33.95 gram di kawasan Kampung Batu, di sini, Rabu lalu.

Peter berkata, dalam kejadian jam 6 petang itu, polis menemui dua paket plastik mengandungi syabu dalam beg suspek. – BH ONLINE

Komen


Berita Berkaitan