Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

10 bocor maklumat ESSCOM ditahan

khalid

Kuala Lumpur: Lebih 10 orang, termasuk anggota keselamatan dipercayai dalang yang membocorkan maklumat operasi Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) ditahan polis dalam operasi khas bermula semalam.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, semua mereka yang ditahan akan disiasat mengikut Akta Keselamatan (Langkah-langkah Khas) (SoSMA) 2012 dan akta lain yang berkaitan.

“Selain anggota keselamatan dan orang awam terdiri daripada penduduk Sabah, pendatang asing juga dikenal pasti menjadi dalang melakukan kesalahan itu.

“Sehingga kini, operasi khas oleh polis Sabah dan ESSCOM masih dijalankan,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman selepas Majlis pemakaian pangkat pegawai kanan polis.

Sebelum ini Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid menyatakan kemungkinan wujud kebocoran maklumat oleh orang dalam sehingga menjadi punca kerap berlaku kejadian penculikan di perairan Sabah.

Khalid berkata, kawalan dan pemantauan berterusan juga dijalankan di lokasi berkenaan bagi memastikan tiada kumpulan militan Abu Sayyaf yang menyeludup masuk dan bersembunyi di negara ini. – myMetro Online

Komen


Berita Berkaitan