Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

10 Amalan Sunat Ramadan

Gambar Hiasan

Ahlan Wasahlan ya Ramadhan Karim…

Alhamdulillah… Allah masih memilih kita semua untuk menjalani ibadah puasa pada tahun ini.

Oleh itu, jom kita sama-sama menzahirkan kesyukuran kepada Allah dengan melakukan sebanyaknya amalan sunat yang InshaAllah pahalanya berlipat kali ganda.

Justeru, menjadi hal yang sia-sia jika kita menganggap bulan Ramadhan ini sama dengan bulan yang lain. Aktiviti yang sama dengan bulan yang lain tanpa ada perubahan adalah sangat merugikan.

“Sia-sialah dan rugilah sesiapa yang melalui Ramadhan tetapi tidak diampunkan dosa ke atasnya.” (Hadis Riwayat Bukhari)

******

Sebenarnya banyak amalan sunat yang boleh kita amalkan sempena bulan Ramadhan ini tetapi saya nak kongsikan hanya 10 amalan sunat Ramadhan yang mungkin semua orang sudah tahu tetapi barangkali terlupa. Antaranya:

  1. Solat terawih
  • Solat terawih adalah solat sunat yang hanya dilakukan di bulan Ramadhan dan rugi sekiranya kita mengabaikan solat terawih. Kita boleh melakukan solat terawih di masjid atau bersendirian di rumah. Jadi, kita tidak ada alasan untuk mengelak daripada solat terawih.
  1. Menyegerakan berbuka puasa apabila masuk waktu berbuka
  • Sebaik sahaja azan Maghrib berkumandang, segerakan berbuka puasa. Tidak kisah sekiranya kita ingin berbuka dengan kurma dan air kemudian solat Maghrib ataupun berbuka puasa dengan makanan berat tetapi jangan sampai berlebihan dan menyusahkan kita untuk solat maghrib dan solat terawih.
  • “Manusia itu selalu dalam kebaikan selama mana mereka segera berbuka puasa.” (HR Bukhari dan Muslim)
  1. Melaksanakan makan sahur dan melewatkannya
  • Ramai yang memandang enteng tentang sahur kerana tidak ramai yang tahu tentang keberkatan sahur. Pada waktu sahur memudahkan kita untuk qiamullail dan membaca Al-Quran pada ketika di bulan yang lain kita sedang lena dibuai mimpi.
  • “Bersahurlah kalian, kerana pada sahur itu ada berkatnya.” (HR Bukhari dan Muslim)
  • “Kelebihan puasa kami dan puasa ahli kitab adalah adanya sahur.” (HR Muslim)

 

  1. I’tikaf
  • I’tikaf adalah berdiam diri di masjid dengan niat untuk beribadat kepada Allah. Rebutlah peluang untuk datang ke masjid pada bulan Ramadhan kerana masjid adalah tempat untuk mendapat hidayah. Mereka yang ke masjid adalah mereka yang punya iman dalam hatinya kerana ketahuilah masjid adalah tempat yang paling berat untuk dikunjungi walaupun jarak hanya sejengkal.
  1. Membaca Al-Quran
  • Bulan Ramadhan adalah bulan Al-Quran diturunkan. Gunakan kesempatan Ramadhan untuk membaca dan memahami Al-Quran sampai khatam. Bersihkan hati kita dengan menghafaz ayat-ayat suci Al-Quran walaupun hanya 1 juzuk. Pastikan kita meletakkan target yang spesifik untuk Ramadhan.
  1. Bersedekah
  • Banyakkan bersedekah pada bulan Ramadhan kerana pahala yang Allah janjikan berlipat kali ganda. Tidak kisah akan bilangan atau bentuk apa pun yang kita sedekahkan kerana Allah menilai hati dan keikhlasan kita ketika bersedekah. Ikutlah kemampuan kita.
  1. Memperbanyakkan doa
  • Doa adalah senjata kita umat Islam. Perbanyakkan doa kerana Allah pasti akan mengabulkan doa setiap hambaNya. Tambah-tambah doa sebelum kita berbuka dan juga doa ketika tahajud.
  1. Melakukan umrah
  • Pahala menunaikan umrah pada bulan Ramadhan sangat besar pahalanya dan berlipat kali ganda. Bayangkan pahala ketika solat di Masjidil Haram 100000 pahala berbanding tempat lain apatah lagi ketika bulan Ramadhan. Jangan lepaskan peluang bagi mereka yang berkemampuan.
  • “Apabila datang bulan Ramadhan, hendaklah ia melakukan umrah, kerana nilainya setara dengan haji bersama Rasulullah.” (HR Bukhari dan Muslim)
  1. Memberi makan orang yang berbuka
  • Berkongsi rezeki ketika berbuka puasa supaya kita sama-sama dapat berbuka puasa dalam keadaan yang gembira dan dalam kenikmatan dalam berbuka puasa. Di samping itu, salah satu cara untuk kita merapatkan silaturrahim antara saudara seislam. Berkongsi makan dengan keluarga besar, kawan-kawan dan juga jiran sekampung pun boleh.
  1. Mencari lailatul qadar
  • Dalam bulan Ramadhan terdapat satu malam yang sangat special… malam yang lebih baik daripada seribu bulan iaitu Lailatul Qadar. Rasulullah sangat menjaga sepuluh malam terakhir demi mendapatkan Lailatul Qadar. Dengan itu, Rasulullah menyuruh kita mencari Lailatul Qadar dalam malam-malam ganjil sepuluh malam terakhir Ramadhan. Jangan lepaskan peluang kita untuk mencari Lailatul Qadar.

Itu adalah antara 10 amalan sunat yang dapat saya kongsikan. Marilah kita sama-sama menghidupkan Ramadhan supaya Ramadhan kita kali ini lebih baik daripada yang sebelumnya, inshaAllah. Fokus utama kita adalah niat kerana ALLAH untuk semua ibadah yang kita lakukan.

(Sumber: iluvislam oleh Nurul Asyirah binti Mohd Sauti)

Komen


Berita Berkaitan