Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

1 Sekolah, 1 Guru, 1 Murid Di China

ZUQING mengajar Xianzi.
ZUQING mengajar Xianzi.

BEIJING – Kebanyakan ibu bapa sedar pelajaran sangat penting untuk masa depan anak mereka, tetapi tidak mampu menyediakan tuisyen persendirian.

Bagaimanapun, seorang kanak-kanak di Hubei bernasib baik kerana menjadi satu-satunya murid yang menjadi tumpuan gurunya.

Sekolah rendah Budaixi di Xuan’en, daerah kaki gunung di Hubei mempunyai seorang murid dan seorang guru kesan daripada pemindahan penduduk ke bandar.

Tan Xianzi, enam, diajar secara bersendirian oleh satu-satunya guru di sekolah itu Guo Zuqing, 51, setiap hari.

Zuqing mengajar Xianzi kira-kira dan bahasa China di samping bermain dengannya ketika waktu rehat kerana tidak ada murid lain untuk menemaninya.

Ketika zaman kemuncaknya, sekolah itu yang berusia 60 tahun, mempunyai kelas sekolah rendah dan menengah.

Kini, Xianzi satu-satunya murid yang tinggal dan keluarganya tidak pasti sama ada akan meneruskan persekolahannya di situ semester depan.

Menurut Biro Pelajaran, Sekolah Rendah Budaixi antara 35 ‘sekolah mikro’ di kawasan berkenaan.

Sekolah mikro didefinisikan sebagai mempunyai kurang 15 pelajar dan guru.

Ramai penduduk Xuan’en meninggalkan kawasan itu sejak beberapa tahun lalu kerana mencari pekerjaan dan menghantar anak mereka bersekolah di bandar lebih besar.

Jumlah pelajar di sekolah tempatan jatuh mendadak dan banyak yang seperti Sekolah Rendah Budaixi berdepan ancaman ditutup.

Menurut Pertubuhan Buruh Antarabangsa, China mencatatkan tahap migrasi dalam negeri tertinggi di dunia.

Sejak 1979, 340 juta penduduk berpindah dari kampung ke bandar atau bandar raya. –Agensi/myMetro Online

Komen


Berita Berkaitan