Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,637

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

1 parah, 6 selamat kereta terbalik

8:02pm 09/07/2016 Pak Roshan 3638 views Berita Pilihan,Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan
KENDERAAN jenis Toyota Avanza terbalik selepas terbabit dalam kemalangan di Jalan Kionsom Bambangan Baru, Inanam, pagi tadi. - Foto Ihsan Bomba

KENDERAAN jenis Toyota Avanza terbalik selepas terbabit dalam kemalangan di Jalan Kionsom Bambangan Baru, Inanam, pagi tadi. – Foto Ihsan Bomba

KOTA KINABALU: Seorang lelaki parah, enam yang lain termasuk dua bayi dan seorang kanak-kanak terselamat selepas kereta dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan di Jalan Kionsom Bambangan Baru, Inanam, dekat sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, mangsa parah dikenali sebagai Mohd Alif Jasni, 20, manakala dua bayi perempuan dan seorang kanak-kanak perempuan yang tidak cedera masing-masing berusia satu bulan, empat bulan serta dua tahun.

Tiga lagi penumpang kenderaan jenis Toyota Avanza adalah berusia antara 13 hingga 49 tahun yang mendapat cedera ringan.

Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Mohd Affendy K Ramin, berkata kenderaan itu dinaiki 10 penumpang, termasuk pemandu.

“Penumpang kereta membabitkan tujuh perempuan termasuk dua bayi dan seorang kanak-kanak serta tiga lelaki.

“Difahamkan, kenderaan berkenaan terbabas dan semua mangsa dikeluarkan orang awam sebelum pasukan bomba tiba,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. – BH Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan