Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

1 kereta, 35 motosikal disita

SEBAHAGIAN daripada 35 motosikal yang disita dalam Ops Samseng Jalanan dan Ops Mabuk di Jalan Kepayan, di Kota Kinabalu, pagi tadi. - Foto Ihsan PDRM Sabah
SEBAHAGIAN daripada 35 motosikal yang disita dalam Ops Samseng Jalanan dan Ops Mabuk di Jalan Kepayan, di Kota Kinabalu, pagi tadi. – Foto Ihsan PDRM Sabah

KOTA KINABALU: Sebanyak 35 motosikal dan sebuah kereta disita dalam Ops Samseng Jalanan dan Ops Mabuk di Jalan Kepayan di sini, awal pagi tadi.

Dalam operasi bermula jam 12 tengah malam hingga 6.30 pagi itu, lima penunggang motosikal dikesan mempunyai waran tangkap dan dibawa ke Balai Polis Trafik Kota Kinabalu untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra, berkata polis turut mengeluarkan 61 saman terhadap pengguna jalan raya atas pelbagai kesalahan menerusi operasi berkenaan.

“Sebanyak 47 kenderaan diperiksa sebelum 35 motosikal dan sebuah kereta disita mengikut Seksyen 60 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Lima penunggang motosikal yang mempunyai waran tangkap dibawa ke balai trafik untuk siasatan lanjut sebelum dibebaskan atas jaminan sementara menunggu tarikh perbicaraan.

“Sebanyak 61 saman yang dikeluarkan membabitkan pelbagai kesalahan seperti tiada lesen, tiada cukai jalan, tiada cermin sisi, halangan, tayar botak dan menggunakan ekzos paip,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, seorang lelaki turut ditahan mengikut Seksyen 45A Akta Pengangkutan Jalan 1987 atas kesalahan menunggang motosikal di bawah pengaruh alkohol dan melebihi had ditetapkan. – BH Online

enjin
SEBUAH kereta disita mengikut Seksyen 60 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – Foto Ihsan PDRM Sabah

Komen


Berita Berkaitan