Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,765

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

1 ditangkap, 3 diburu kes samun bersenjata

7:59pm 18/07/2016 Pak Roshan 15070 views Jenayah,Mutakhir
Gambar Hiasan

Gambar Hiasan

KOTA KINABALU: Seorang lelaki ditahan malam tadi, manakala tiga lagi rakannya masih diburu selepas terbabit dalam kes samun bersenjata di sebuah kedai menjual barangan lusuh di Jalan Tuaran-Menggatal di sini, petang semalam.

Dalam kejadian jam 3.15 petang itu, semua suspek berusia 20 hingga 27 tahun itu dikatakan memasuki premis berkenaan dengan seorang daripada mereka membawa selaras senjata api dipercayai senapang angin dan dua bilah pisau.

Semua suspek itu dipercayai mahu menyamun peti besi mengandungi wang di kedai berkenaan. Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra, berkata seorang suspek dikatakan melepaskan tiga das tembakan menyebabkan seorang pekerja premis cedera di jari kelingking dan menembusi tapak tangan.

“Dalam kejadian itu, suspek sempat mengambil sebuah telefon bimbit bernilai RM1,500 sebelum melarikan diri menggunakan sebuah kereta PERODUA Myvi berwarna putih.

“Susulan kejadian, polis melancarkan Ops Tutup bagi mengesan kumpulan penjenayah itu dan menahan seorang suspek berusia 20 tahun di Kampung Simpangan, Tuaran, kira-kira jam 7 malam tadi.

“Polis turut menemui kereta Myvi yang dipercayai digunakan suspek,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu di sini, hari ini. Kes disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971. – BH Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan