Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

1.27 Juta Tandatangan Deklarasi Rakyat Palsu?

8:47am 27/05/2016 Pak Roshan 648 views Isu Semasa,Mutakhir
azharuddin-dedah-klxpress

foto : malaysiagazette.com

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard mendakwa terdapat bukti kukuh bahawa dakwaan Deklarasi Rakyat berjaya mengumpulkan sebanyak 1.27 juta tandatangan sebagai satu dakwaan palsu.

Beliau memberitahu telah mendapat maklumat daripada seorang invidu pakar yang telah dibayar untuk memalsukan jumlah sebenar tandatangan itu, yang mana menurutnya hanyalah helah bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bagi mendesak Datuk Seri Najib Tun Razak supaya meletak jawatan.

“Beberapa hari lepas, muncul beberapa teman muda yang ada antaranya saya pernah kenal walaupun tidak rapat sebelum ini.

“Mereka menceritakan bagaimana mereka terlibat dalam membekalkan sejuta ‘database’ dalam tujuan memalsukan tandatangan rakyat dalam memorandum ‘Deklarasi Mahathir’ itu.

“Mereka dijanjikan sejumlah wang untuk berbuat demikian namun setelah melengkapkan kerja mereka tidak dibayar seperti dijanjikan.

“Namun setelah beberapa hari meneliti beberapa perkembangan termasuk surat panjang Anwar maka mereka dengan kesedaran bertemu saya dan mahu muncul menyatakan kebenaran,”katanya dalam sidang media yang diadakan sebentar tadi, di sini hari ini.

Tambah Chegubard, dia meminta pihak yang dibayar Mahathir untuk membuktikan dengan serius dengan mencetak semua bukti serta membuat akuan sumpah.

Di mana ketika sidang media yang diadakan sebentar tadi, Azharuddin Othman, 31, seorang  pengaturcaraan komputer bebas tampil mendedahkan berkenaan helah dan cara-cara dia dibayar bagi mengubah jumlah sebenar tandatangan dalam memorandum itu.

Azharuddin memberitahu dia telah dihubungi oleh seorang bernama Ema yang lebih dikenali dengan nama ‘Ratu Naga’ dalam perbulanan WhatsApp, bagi memintanya untuk menjalankan pengubahsuaian ‘database’.

che3

Azharuddin menjelaskan bahawa sejumlah pangkalan data diperlukan untuk mengumpul 1.27 juta tandatangan dan dia dihubungi oleh ‘Ratu Naga’ pada 27 April dengan janji pembayaran RM5,000.

Pangkalan data itu, katanya adalah antara yang disediakan kepada semua parti-parti politik pada pilihan raya umum ke-13.

Pengaturcara bebas dari Terengganu itu, bagaimanapun berkata, dia hanya menerima RM1,000 daripada jumlah yang dijanjikan.

Dalam pada itu, Badrul menegaskan dia cukup bersimpati kepada semua pihak kerana telah ditipu oleh pasukan Mahathir, yang dilihat sanggup mempermainkan perasaan rakyat agar mencapai matlamat dengan cara kotor.

“Belum apa lagi rakyat dah ditipu, tandatangan dipalsukan malah mereka sanggup ke istana dengan tandatangan palsu dan bukan  pelik kerana menghina Istana ini bukanlah sekali dilakukan oleh Mahathir,” Tambahnya. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: Ieamyrul Haziq
Foto/Video: Riza Razak

che2

BADRUL HISHAM BERSAMA INDIVIDU YANG DIBAYAR PIHAK MAHATHIR, AZHARUDDIN OTHMAN KETIKA DI SIDANG MEDIA DI DEWAN RESTORAN AMJAL, BANGSAR.

image

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan