Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

1.2 juta penjawat awam terima Bantuan Khas Aidilfitri

LIM Guan Eng ketika sidang media khas di Kementerian Kewangan. – Foto Ahmad Irham Mohd Noor

 

PUTRAJAYA: Pembayaran Bantuan Khas Aidilfitri sebanyak RM400 yang diumumkan kerajaan akan membabitkan 1.2 juta daripada 1.6 juta penjawat awam.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata jumlah itu mewakili kira-kira 75 peratus penjawat awam di seluruh negara.

Kerajaan juga mengumumkan bantuan sama sebanyak RM200 kepada pesara.

Guan Eng berkata kerajaan memperuntukkan sebanyak RM700 juta bagi bantuan khas berkenaan untuk penjawat awam dan pesara.

“Kerajaan mengiktiraf peranan penting kakitangan awam dahulu dan sekarang dalam membangunkan negara,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata peruntukan RM700 juta akan dibentang menerusi Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan Tambahan pada sidang Parlimen Jun ini.

Guan Eng juga berkata semakan mendapati janji bonus Aidilfitri sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam yang diumumkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, tidak termasuk dalam peruntukan Bajet 2018.

Kelmarin, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan bantuan khas perayaan berjumlah RM400 bagi kakitangan awam Gred 41 ke bawah dan RM200 untuk pesara kerajaan.

Tahun lalu, menerusi Bajet 2018, Najib mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan RM500 kepada 1.6 juta penjawat awam sebagai persiapan menyambut Aidilfitri.

Beliau juga menjanjikan bantuan khas RM250 kepada 743,000 pesara kerajaan. – BH ONLINE

Komen


Berita Berkaitan