Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

1.1 juta di Jerman

11:17am 07/01/2016 Pak Roshan 5 views Global
SEORANG pendatang mendukung anaknya memasuki sempadan Serbia dari Macedonia.

SEORANG pendatang mendukung anaknya memasuki sempadan Serbia dari Macedonia.

Berlin: Jerman mendaftarkan 1.1 juta pemohon suaka pada 2015, kata kementerian dalam negerinya semalam, dengan pelarian dari Syria merangkumi hampir 40 peratus daripadanya.

Jumlah itu rekod baru untuk ekonomi terbesar Eropah berkenaan dan lebih lima kali ganda berbanding 2014.

Jumlah pelarian Syria mencari perlindungan di Jerman tahun lalu seramai 428,468 orang diikuti orang Afghanistan (154,046) dan Iraq (121,662).

Bagaimanapun, tidak semua memfailkan permohonan suaka secara rasmi, dan tidak semua juga dibenarkan tinggal di Jerman kerana ‘pendatang ekonomi’ dari negara yang tidak menghadapi peperangan akan dihantar pulang.

Kementerian itu mengakui jumlah 1.1 juta orang direkodkan mungkin termasuk pendaftaran berulang di negeri berbeza di negara itu, selain orang yang sudahpun bergerak ke negara Kesatuan Eropah (EU) lain.

Permohonan suaka sebenar didaftarkan pada 2015 mencapai 476,649, kata kementerian itu – lebih dua kali ganda 2014.

Hanya mereka yang lari dari perang seperti rakyat Syria, Iraq dan segelintir Afghanistan iaitu kira-kira separuh daripada pemohon akan diberi status pelarian.

Canselor Jerman, Angela Merkel menegaskan kebanyakan rakyat negara Balkan seperti Serbia, Albania dan Kosovo akan dihantar pulang.

Menteri Dalam Negeri Thomas de Maiziere semalam mengulangi azam kerajaannya untuk mengurangkan kemasukan pemohon suaka ke negara itu.

“Kami akan mengurangkan kemasukan pemohon suaka baru ke Jerman,” katanya.

Ketibaan pendatang berkurangan bulan lalu, tetapi de Maiziere berkata, ia dipengaruhi cuaca buruk yang menghalang pendatang memulakan perjalanan berbahaya melintasi Laut Mediterranean.- AFP/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan