Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

1, 000 tiket percuma saksikan Sabah lawan Felda United

ball

TAWAU: Sebanyak 1, 000 tiket percuma akan diberikan kepada para peminat bola sepak di daerah ini bagi menyaksikan perlawanan di antara pasukan Sabah menentang Felda United di Kompleks Sukan Tawau.

Pengurus Pasukan Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, tiket-tiket percuma terbabit akan diedarkan kepada 1, 000 orang yang terawal hadir ke sesi pemain Sabah bertemu peminat pada Sabtu ini (30 Januari).

“Sesi bertemu peminat akan diadakan di Kompleks Sukan Tawau bermula jam 2 hingga 4 petang dan bukan lagi di Kedai Grace One Fajar seperti dimaklumkan sebelum ini,” katanya.

Sempena program itu, tambahnya, pelbagai program akan turut diadakan seperti persembahan nyanyian, sesi bertemu peminat, penyampaian tiket percuma dan sesi bergambar yang diadakan sebagai menghargai sokongan para peminat bola sepak Sabah sama ada ketika jatuh atau bangunnya.

Pertembungan Sabah menentang Felda United akan berlangsung 31 Januari ini yang merupakan perlawanan terakhir sempena perlawanan bola sepak jemputan Safa Tawau bermula 29 hingga 31 Januari. Turut bersaing adalah pasukan Brunei Darussalam.- Oleh Alanna Adam/Sayangsabah

 

Komen


Berita Berkaitan