Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,654

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Mualaf jangan sisihkan diri

11:48am 26/09/2016 Elezebeth Esther Onjining 142 views i-Muslim,Tempatan
KENANGAN.. Mohd Fadzlee (tengah) merakamkan gambar kenangan bersama saudara baru yang menyertai kursus tersebut

KENANGAN.. Mohd Fadzlee (tengah) merakamkan gambar kenangan bersama saudara baru yang menyertai kursus tersebut

MENUMBOK – Golongan mualaf (saudara baru ) di daerah ini tidak harus menyisih diri dan menyembunyikan status Islam sebaliknya mereka disaran terus mempelajari lebih mendalam mengenai agama Islam.

Timbalan Ketua Umno Bahagian Beaufort, Haji Mohd Fadzlee Abdullah berkata Islam tidak pernah membezakan bangsa dan latar belakang malah amat menekankan aspek persaudaraan.

Jelasnya, meskipun bergelar mualaf mereka tetap sama dalam Islam yang mempunyai matlamat untuk sentiasa mendapat petunjuk dan keredaan daripada Allah.

“Walaupun bergelar mualaf kita tidak harus menyisihkan diri dan menyembunyikan status Islam, sebaliknya kita harus bangga kerana menjadi seorang Muslim,” katanya.

Beliau berkata demikian  ketika berucap merasmikan penutupan Kursus Asas Sudara Kita di dewan Serba Guna Masjid Nur Ehsan Menumbok, baru-baru ini.

Program tersebut dianjurkan oleh Bahagian Dakwah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah (Jheains) Menumbok dengan kerjasama jawatankuasa Masjid Nur Ehsan Menumbok

Menurut Mohd Fadzlee  perasaan malu mendalami ajaran Islam harus dikikis dalam proses mereka mendalami ajaran Islam sebenar.

“Jika kita kurang faham mengenai ilmu pengetahuan tentang Islam, kita harus terus belajar dan mengikis perasaan malu dengan menimba ilmu pengetuhan melalui pelbagai kaedah  belajar dari para ustaz, menyertai kursus seminar membaca buku buku agama juga melalui pembacaan ilmu- ilmu agama di alam maya “ katanya

Menurutnya , keyakinan yang tinggi bagi saudara baru memeluk agama Islam perlu disertai dengan keinginan untuk mendalami ilmu agama Islam yang sebenarnya

“ Hari ini kita berbangga ada beberapa tokoh dari saudara baru telah menjadi penceramah agama, yang seharusnya menjadi ikon kepada saudara saudara baru” tambahnya

Dalam pada itu, Mohd Fadzlee berkata saudara baharu tidak seharusnya memutuskan hubungan silaturahim dengan saudara mereka yang mempunyai ajaran agama yang berbeza kerana  agama Islam tidak pernah membezakan bangsa dan latar belakang malah amat menekankan persaudaraan.

Mengulas program tersebut Beliau  yakin  ianya merupakan majlis ilmu yang memberikan manafaat keapada saudara baru disamping ianya dapat merapatkan hubungan sesama Islam.- SayangSabah

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan