Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,657

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

​​KKM dan RTM Sabah anjur Konsert Selembut Bayu

12:16pm 19/10/2016 Elezebeth Esther Onjining 104 views Hiburan,Kota Kinabalu,Tempatan
TUN Juhar (empat dari kiri), Hajah Norlidah (empat dari kanan), Salleh (tiga dari kiri) dan Syed Abas (dua dari kiri) bergambar kenangan bersama barisan artis yang menjayakan Konsert Selembut Bayu.

KENANGAN… Tun Juhar (empat dari kiri), Hajah Norlidah (empat dari kanan), Salleh (tiga dari kiri) dan Syed Abas (dua dari kiri) bergambar kenangan bersama barisan artis yang menjayakan Konsert Selembut Bayu.

KOTA KINABALU- Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) Kerajaan Negeri Sabah dan Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) telah menganjurkan Konsert Selembut Bayu di Dewan Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), pada Ahad yang lalu.

Konsert tersebut diadakan bersempena Hari Jadi Rasmi Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sabah Ke-63, Tun Juhar Datuk Mahiruddin dan membawa konsep gabungan artis lama dan baharu.

Antara artis yang terlibat adalah Awie, Jamal Abdillah dan Man Keedal, Amelina, Fauziah Gambus, Rosario Bintang RTM, Rey Bintang RTM, Dato’ Mokhzani, Razali Kulintangan dan Najib Hanif.

Hadir sama, Toh Puan Hajah Norlidah Tan Sri R.M Jasni, Menteri KKMM, Datuk Seri Panglima Dr. Mohd Salleh Tun Said Keruak dan isteri Datin Seri Panglima Raya Erom; Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Syed Abas Syed Ali dan Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Jadi Rasmi TYT yang juga Menteri Belia dan Sukan, Datuk Tawfiq Datuk Abu Bakar Titingan.Penerangan

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan